Lancar 2 Single Berbeza Genre, AishaHanim Syukur Lagu Jadi Pilihan Untuk…

Penyanyi duo kembar seiras, AishaHanim kini tampil dengan single keenam yang berjudul Tinggalan Cinta dan Dua Muka.

Kedua-dua lagu ini dipilih untuk dijadikan sebagai lagu tema sebuah drama yang bakal ditayangkan pada 2023.

“Kami plan nak buat lagu baru, lepas tu kita saja propose dengan JS Picture milik Sheila Rusly… Kami nak buat lagu baru, ada peluang ke untuk digunakan sebagai lagu tema? Lepas tu, Sheila kata nak sebab mereka tengah shooting.

“Alhamdulillah… Kami bagi dua lagu, dua-dua mereka setuju,” kata AishaHanim.

Lagu Tinggalan Cinta bertemakan genre balada dan ia mengisahkan tentang kecurangan pasangan suami, isteri dan sebagainya.

Bergenre pop, Dua Muka pula mengisahkan tentang realiti kehidupan masyarakat yang tersembunyi dan hipokrit dan tidak sama sepertimana tidak indah dan tidak sama di media sosial apa yang masyarakat tonjolkan dan seseorang yang bermuka-muka

Dua single ini dicipta oleh Omar K, Hanis Rafi dan lirik oleh Firdaus Rahmat.

Bukan itu sahaja, kedua-dua single ini turut memiliki muzik video (MV) rasmi namun MV Tinggalan Cinta telahpun dilancarkan pada 16 September lalu manakala MV Dua Muka baru dilancarkan semalam dengan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

 

Lebih menarik, kedua-dua MV ini dirakamkan di dua tempat berbeza iaitu The Taaras Resort Pulau Redang dan Laman Gaharu.

Sebelum ini, AishaHanim yang terdiri daripada Syazara Aisha Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar pernah dikenali dengan single Mata Kunci Cinta, Benar Cinta, Angkara dan Leka.

Untuk makluman, lagu-lagu tersebut sudah boleh distrim menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Apple Music.

Atiqah Johari