Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2023 @ 6:56pm

“Lebih Selesa Keluar Dengan Adik-Beradik, Friend For Benefit I Avoid” – Jauhi Kawan Toksik, Che Ta Akui Banyak Luangkan Masa Untuk Beribadat

Pelakon dan selebriti popular, Rozita Che Wan mengakui tidak mempunyai kawan yang ramai kerana mahu mempunyai ‘circle’ kawan yang kecil, lebih-lebih lagi apabila sudah meningkau usia ini.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta lebih gemar dan selesa meluangkan masa bersama adik-beradiknya dan ahli keluarga tersayang.

“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.

“Macam sekarnag, saya lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun memang duduk dengan saya.

“Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, saya akan ajak semua makan-makan dan berkumpul.

“Sebab saya rasa bila dah berusia ni saya macam nak kecilkan circcle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu saya avoid,” ujarnya.

Rozita Che Wan

Lebih Banyak Beribadah

Sudah hampir dua dekad bergelar anak seni, Che Ta berkata dia mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa semenjak usianya meniti separuh abad.

Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu meniggalkan ibadat dan mahu melalui kehidupan yang tenang dan harmoni.

“Kalau tengok, saya dah jarang lepak dengan kawna. Sekarang kehidupan saya pergi mengaji, lepas Zoor baru pergi office dan balik.

“Sebelum Maghrib dah ada di rumah. Kehidupan saya sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak saya dekat mana-mana, saya sebenarnya sangat tenang di rumah.

“Kita tua ni tak nak apa dah, nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat tak nak tinggal. Saya rasa bila duduk dekat rumah untuk pergi office, waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.

“Saya ada cakap dengan Zain saya happy sangat. Isteri Lan Pet Pet iaitu Rubi banyak dorong saya buat benda kebaikan. Saya suka lepak dengan dia, banyak ilmu agama belajar dan ada yang kita masih tak tahu atau tak ambil tahu, sekarang dah tahu.

“Bila umur macam ni, ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” katanya lagi.

Rozita Che Wan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Jual Preloved Baju Rozita Che Wan RM5 Di Carboot Sale, Zain Saidin Dipuji Humble – “Isteri Dia Tahu Tak Ni?”

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Kritik Pereka Busana Siti Nurhaliza, Minta Lebih Peka Untuk ‘Sorok’ Mic Monitor – “Geram! Nampak Tak Kemas”

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Dec 2021

Gara-Gara Viral Di TikTok, Lagu Dinda Masdo Curi Perhatian Pendengar Muzik Indonesia

Dinda jangan marah-marah, takut nanti lekas tua ♫♪♫♪♫

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Wah dah lama tak tengok Aman Aziz menyanyi

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

Featured Thu, 5 May 2022

“Mohon Doakan Bayi Sulung Kami” – Elisya Sandha ‘Bunting Pelamin’

Alhamdulilah, Elisya kini sudah berbadan dua, masih belum dedahkan jantina.

error: Content is protected !!