Tahniah Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah (22 tahun) kerana telah selamat menamatkan pengajian daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Vokalis kumpulan Floor 88 ini berkongsi berita gembira tersebut melalui entri instagram memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teater dari Aswara semasa majlis konvokesyennya petang semalam.
“Alhamdullillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu-batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini.
“Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung.” tulis Ayie sebagai kapsyen.
