Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2024 @ 6:02pm

Lebih Setahun Tak Berlakon, Sempat Kerja E-Hailing Hantar Barang… Hafidz Roshdi Syukur Kembali Dapat Tawaran

Lebih setahun tidak berlakon, pelakon sensasi Hafidz Roshdi, 30, bersyukur kembali mendapat tawaran dalam bidang seni.

Ibarat diberi peluang kedua, pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi ini mendedahkan situasi terbabit menjadi tempoh paling lama dia tidak berlakon selepas menempuhi beberapa ujian dalam hidup.

“Syukur Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua atas rezeki yang diterima ini. Selepas beberapa bulan saya buat e-hailing penghantar barang, kini saya kembali dapat tawaran lakonan. Kiranya macam periuk nasi saya terbuka kembali.

“Masih ada yang mempercayai bakat saya dan terharu bila produksi Global Station memberikan tawaran membintangi drama Bawah Payung Awan musim kedua. Lebih sebulan saya shooting dan kini sedang menghabiskan baki penggambaran,” katanya.

Ketika ditanya sebab dia tidak mempunyai tawaran kerja sebelum ini, Hafidz bagaimanapun percaya rezeki dan enggan memikirkan mengenai perkara terbabit.

“Sebenarnya, saya ada menerima tawaran lakonan, termasuk awal tahun ini namun akhirnya tiada rezeki kerana mungkin nama tidak diluluskan. Saya pun tidak pasti apa sebabnya.

“Saya tidaklah mahu bertanya kepada penerbit atau pengarah mengenai hal tersebut. Saya hanya anggap saja tiada rezeki. Buat masa ini, saya masih lagi meneruskan kerja sebagai penghantar barang untuk sebuah syarikat.

“Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang dalam tempoh empat bulan ini sebagai proses terapi atau ‘healing’. Ia sedikit sebanyak membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021 sebab saya dapat berbual dan berjumpa dengan orang ramai.

“Saya buat ‘job’ ini pun selepas dicadangkan oleh pakcik saudara. Tidak sukar sebenarnya untuk mendaftarkan diri untuk bekerja dalam bidang e-hailing ini,” katanya lagi.

Kata Hafidz, dia hanya berlapang dada dan berharap agar pembabitannya dalam drama terbaru itu akan membuka lagi pintu rezeki buatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 May 2024

Kongsi Video Berdua, Netizen Usik Puteri Sarah & Andi Arsyil – “Kalau Korang Kahwin Memang Sweet”

Oh, tambah gula ek! Patutlah sweet tengok dua-dua gelak macam tu❤️❤️❤️

Featured Sat, 28 Jun 2025
Trending Tue, 30 Aug 2022

Mamat Exists Masih Dipantau AADK, Syukur Kehidupan Lebih Baik

Katanya ke hulu ke hilir memang tak boleh! Moga dipermudahkan urusan Mamat.

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

‘Saya Terkejut Dia Dah Jumpa Pengganti’- Nabil Mahir Buka Mulut Soal Hubungannya Dengan Sarah Hilbrand

Susah nak cakap. Boleh tanya Sarah sendiri mengenainya. Mungkin tiada lagi persamaan antara kami dan hal ini begitu ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Datuk Rosyam Nor minta netizen untuk pandang isu tersebut dari sudut positif

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Wah… Ariff Jiwa bakal bergelar abang tak lama lagi!

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

error: Content is protected !!