Categories: HiburanSelebriti

Lebih Tenang, Mungkin Tutup Selamanya

Lebih tenang! Pengakuan itu dibuat oleh pelakon popular Izara Aishah selepas menutup ruang komen di laman Instagram lebih setahun lalu.

Tambah Izara, dia tidak berminat untuk ambil tahu sebarang komen daripada netizen.

“Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya.

“ Malah, saya juga takut dan tak suka untuk baca setiap komen melampau yang diberikan.

“Sejak saya tutup komen, kehidupan sekarang lebih tenang dan bahagia daripada membaca komen yang bukan-bukan,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Izara, ruang komen di Instagram beliau berkemungkinan akan ditutup selama-lamanya.

“ Sekiranya ada pesanan yang ingin disampaikan, tampil bersemuka…tidak perlu guna akaun palsu. Lebih baik berdepan, itu lebih baik,” akhirinya.

SGMS Faida