Lelaki Ini Disangka Boyfriend Baru Ameera Khan, Rupa-Rupanya… – “Dia Masih Boleh Kahwin…”

Pempengaruh media sosial dan adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan mencuri perhatian netizen apabila dilihat bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Yasir.

Menerusi perkongsian Ameera di Instagram, dia sedang duduk dibahagian penumpang hadapan kenderaan dan lelaki tersebut sedang berada di luar kereta di sebuah stesen minyak.

“Pandangan dia, pandangan saya,” tulis Ameera di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, terdapat netizen yang membuat andaian bahawa lelaki tersebut merupakan teman lelakinya.

Namun, beberapa netizen yang tampil menjelaskan bahawa lelaki tersebut merupakan bapa saudara kepada Ameera.

 

Bukan itu sahaja, ada juga yang memberitahu bahawa Ameera boleh mengahwini lelaki tersebut walaupun berpangkat bapa saudara kerana lelaki tersebut bukan adik beradik kepada ibunya hanyalah sepupu.

Maya Basir