“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu curang dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa orang yang curang tidak menunggu orang lain berbuat salah.

“Orang yang berlaku curang susah nak mengaku salah. Dia akan sedava upava cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.

“Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara. Ada ke patut? Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fadzilah juga berkongsi terdapat kes yang dikendalikannya adalah mereka yang sudah membuat terbaik dalam rumah tangga namun tetap menjadi mangsa curang.

“Banyak kes yang Tok Abah kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect. Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.

“Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang. Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan,” titip Fadzilah.

Tambah Fadzilah lagi, dia berkata pasangan yang memilih untuk curang adalah orang yang tidak mensyukuri kemanisan dalam berumah tangga malah tidak akan mendapat redha Allah.

“Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.

“Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.

“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

“Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah,” pesannya.

Khairil Khusyairi