“Memang Semua Benda Kau Nak Politikkan Ke?” – Aeril Zafrel Bengang Foto Bersama ADUN Disalah Erti

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal berita membuat kenyataan berunsur provokasi yang mengaitkan dirinya di Twitter, baru-baru ini.

Menerusi ciapan balas di Twitter, Aeril mempersoalkan kenyataan yang dibuat portal tersebut berhubung pertemuannya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Kau kalau tak tahu cerita jangan buat cerita.

“Aku jumpa dia sebab dia ADUN Rengit, kampung aku. Aku nak buat masjid tempat kampung aku, mestilah kena jumpa YB sini.

“Memang semua benda kau nak politikkan ke?,” balas Aeril dalam satu ciapan.

Berdasarkan kenyataan portal tersebut itu, mereka meminta Mohd Puad tidak berurusan dengan Aeril gara-gara penyokong parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Portal itu juga turut menyertakan gambar pertemuan Aeril bersama Mohd Puad di sebuah hotel.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, portal berkenaan juga telah tampil memohon maaf kepada Aeril menerusi satu ciapan balas.

“Kalau tuan nak buat masjid, jadi saya minta maaf. Saya silap,” balas portal berkenaan.

Khairil Khusyairi