‘Lembab, Letih, Semak’- Tiz Zaqyah Naik Angin Dengan Kru?

Kasihan pula dengar dugaan terpaksa dilalui pelakon Tiz Zaqyah yang kini menjalani penggambaran drama Sara Sajeeda terbitan Zeel Production di Pakistan.

Dalam status dimuat naik Tiz di laman Twitter, dia meluahkan rasa ‘geram’ dengan cara segelintir kru di negara itu yang disifatkan sebagai tidak ‘profesional’.

“Kami dapat tahu pelakon Pakistan hanya akan turun set selepas jam 12 tengahari dan ‘calltime’ pagi bukan amalan di sini.

“Separuh hari berlalu begitu saja dan hari penggambaran semakin bertambah,” tulisnya hari ini.

Beberapa hari lalu, Tiz juga sempat berkongsi dugaan dilaluinya dengan isu yang hampir sama di laman Twitter.

“Minta-mintalah ‘settle’ semua sini. Macam-macam dugaan. Mana pernah aku nampak ‘batang hidung’ artis kat set pukul 8 pagi dah ‘ready’.

“Gebang sangat, cakap selalunya ‘shooting’ 15 scene. Ini, kau mula ‘shoot’ lepas lunch, 5 scene satu hari.

“Tambah kau main-main, bergaduh pasal skrip semua nak jadi pengarah. Habis tu pengarah kami tu siapa?

“Sampai ‘fed up’ lah. Kau buat semua sendiri lah. Itu pun lembab. Mood sampai ke laut. Letih. Semak.

“Hari ni aku akan buat muka besi panas selagi semua tak ‘settle’ aku takkan masuk bagi commitment. Kesian team Malaysia kami,” tulis Tiz panjang lebar.

Drama yang bakal ditayangkan di TV3 itu menjalani penggambaran di Malaysia dan Pakistan sejak bulan lalu arahan Eoon Shuhaini terbitan Zeel Production.

End.

SGMS Faida