Lepas DJ Radio, Shuk Teringin Nak Jadi Penyanyi

Melihat rakan pelawak lain menghasilkan single, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar mengaku teringin lakukan hal yang sama.

Memasang niat untuk mencuba, Shuk berminat menghasilkan lagu berunsur nasihat atau kisah masyarakat.

“ Melihat kawan-kawan macam Achey, Ajak dan Fad membuat single, saya juga teringin.

“ Jika ada peluang saya teringin rakam lagu mengandungi elemen nasihat, teguran atau kisah masyarakat. Macam lagu-lagu yang pernah dihasilkan kumpulan Senario,” katanya.

Namun begitu, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar masih meletakkan karier penyampai radio sebagai keutamaan.

“ Nyanyian hanya teringin. Saya seronok berada di konti kerana jiwa saya memang sepenuhnya dalam dunia penyampaian radio.

“ Kalau suruh memilih, saya lebih mahu kerja di konti berbanding nyanyian,” katanya.

Shuk berganding dengan Fizi dan Ajak di dalam segmen Geng Pagi Hot sejak tahun lepas dan wataknya sebagai ‘Kak Ello’ sememangnya ditunggu-tunggu pendengar. 

SGMS Faida