Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Gabungan dua anak muda ini menerusi lagu Gong Nekara ternyata memang menjadi. Siapa sangka lagu bertajuk unik ini mampu mencuri perhatian ramai.

Menurut Kmy Kmo dan Luka Sickta kepada xtra.com baru-baru ini, mereka bakal masuk ke studio rakaman tak lama lagi untuk menghasilkan single kedua.

“ Lirik dan lagu semua dah siap. Hanya tunggu masa untuk masuk studio. Untuk lagu rap terbaru ini kami bakal berduet dengan ‘sifu’ terkenal.

“ Buat masa ini biarlah kami rahsiakan dulu tetapi apa yang kami boleh katakan, beliau memang ‘sifu’ bagi kami berdua,” kata Kmy.

Dalam pada itu, Luka Sickta berharap single kedua ini nanti bakal mengulangi kejayaan Gong Nekara kerana ‘buah tangan’ terbaru mereka ini lebih BOOM.

Bukan saja kerana bakal berduet dengan ‘sifu’ kami, single kedua ini memiliki kekuatan berbeza memandangkan kami gandakannya. 

“ Kalau Gong Nekara ramai yang kata susah nak hafal lirik, single terbaru ini lebih mudah diingat. Pendek kata, susunan kata tidaklah terlalu berat. Yang pasti, ia merupakan lagu Rap,” katanya.

Duo popular ini juga tidak menolak jika ada sebarang tawaran yang mahukan mereka menyanyi lagu balada tetapi dengan bersyarat.

Tiada masalah tetapi part rap tu kami ambil manakala part meleleh itu pula dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan. Apa salahnya, kami nak juga mencuba,” akhiri mereka sambil ketawa.

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

 

 

SGMS Faida