Lepas Rumah Dimasuki Cobra, Restoran Pula Terbakar…

Pengacara terkenal Indonesia, Ruben Onsu bingung apabila banyak kejadian aneh menimpa dirinya, baru-baru ini.

Memetik laporan media Indonesia Tribun News, rumahnya dimasuki tiga ekor ular cobra, bilik anaknya dibaling batu kini giliran restorannya, Geprek Bensu pula melalui beberapa kejadian pelik.

Salah satu cawangan restoran miliknya di Fatmawati terbakar petang semalam. Menurut pegawai bertugas yang memadamkan api, Usman, pihaknya mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.

“Api marak berpunca dari dapur,” ujarnya.

Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Ruben memaklumkan terpaksa menutup sementara cawangan yang terletak di Jakarta Selatan itu bagi proses baik pulih.

Difahamkan, Geprek Bensu kini memiliki 22 cawangan di seluruh Indonesia.

Macam-macam dugaan, sabarlah ya Ruben…

SGMS Faida