Lepas Tomok, Saharul Pula…?

Pelakon Saharul Ridzwan tidak dapat membendung rasa teruja apabila mendapat tahu isterinya Deena Emir kini sedang berbadan dua. 

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 16 September 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Muhammad Ali Luth yang berusia dua tahun. 

Saharul berkongsi berita gembira tersebut dengan pengikut-pengikutnya dengan memuatnaik video di akaun instagramnya hari ini. 

“Alhamdullillah. Terima kasih atas semua doa anda semua sebelum ini.  Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah.

“Terima kasih isteri untuk pengorbanan besar dalam hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak @deenaemir,” tulis Saharul sebagai kapsyen video tersebut. 

 

Rata-rata netizen turut rasa gembira dan teruja untuk pasangan romantis ini.

 Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa supaya semuanya dipermudahkan. 

Wah, nampak gayanya selain Tomok, keluarga kecil Saharul Ridzwan juga akan bertambah!

 

Sumber foto: Instagram @saharulridzwan

Del14