Categories: HiburanSelebriti

Umum Buka Tudung, Instagram Emma Maembong Dihujani Komen ‘Pedas’

Ekoran berita pengakuan Emma Maembong tidak lagi bertudung, nampaknya pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini terus dihentam netizen.

Semalam menerusi laporan BH Online, Emma mengaku tindakan menanggal hijab bukan atas paksaan sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

Menerusi tinjauan komen di laman Instagram Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani, rata-rata pengikutknya kecewa dengan tindakan idola mereka itu.

Dalam masa sama, ada diantara pengikut yang menerima keputusan Emma dengan hati terbuka sekaligus menghormati keputusan empunya diri.

Terdahulu,  Emma mengaku bersedia menerima kecaman dan segala kritikan diterima dengan berlapang dada.

“ Untuk istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah, pasti ada ujian menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman. Ia bukan contoh yang baik dan jangan ikut apa yang saya lakukan,” katanya kepada BH Online.

Untuk netizen di luar sana, daripada korang mengecam lebih baik mendoakan yang terbaik buat Emma. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik ya!

SGMS Faida