Lima Tahun Tanpa Album Baharu, Amir Jahari Hadiahkan ‘Sila Robek Hati Ini’

Selepas lima tahun tanpa album baharu, penyanyi Amir Jahari tampil dengan album terbaharu berjudul Siang Dan Malam.

Diterbitkan oleh label sendiri, Sekalo Music Production, album berkenaan bakal berada di pasaran bermula 10 November 2018.

Siang Dan Malam mengisahkan perjalanan kehidupan, ketenangan jiwa dan luahan emosi Amir kepada peminatnya.

Berkonsepkan pop nusantara moden, album ini mengandungi lagu bonus berjudul Hadiah Dari Tuhan gandingan bersama Mafidz yang merupakan ciptaan Amir sendiri.

“ Lagu Sila Robek Hati Ini merupakan single pertama saya yang akan berada di pasaran bermula hari ini (30/10).

“ Selain itu, saya juga berduet bersama Noh Salleh menerusi lagu Sang Perindu,” katanya.

Album Siang Dan Malam dirakamkan di studio Kamar Seni turut dibantu oleh AG Coco dan Ahmad Huzaini sebagai penerbit.

“ Saya juga bakal mengadakan showcase sulung album Siang dan Malam di Live Fact pada 10 November ini bermula jam 3 petang.

“ Menariknya, showcase itu nanti saya tidak keseorangan kerana band Rawi dari Sarawak akan turut memeriahkan suasana. Jangan lupa datang ya,” akhirinya.

SGMS Faida