Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Sudah hampir 6 tahun pasangan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim mendirikan rumah tangga, dan dalam tempoh masa itu mereka juga telah dikurniakan sepasang puteri dan putera sulung mereka  iaitu, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. 

Menurut Lisa, beliau sudah bersedia untuk menambah anak lagi pada tahun hadapan, memandangkan usia suami telahpun mencecah 45 tahun. 

“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami telapun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia sudah mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi? Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang agak mahal sekarang.” Katanya

Lisa juga mengakui mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini.

Sumber : Instagram @lisasurihani

Terbaharu, Lisa bakal keluar dalam satu drama series terbaharu di saluran ntv7 berjudul Jibril. Drama tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti, Aeril Zafrel, Tony Eusoff, Sangeetha dan ramai lagi.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton drama ini di saluran Feel It anda pada Oktober nanti!

Salma Syahbuddin