Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Peria di Malaysia terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi dikenali dengan  nama ‘peria katak’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit.

Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan dimana khasiatnya adalah; 

Kawal Gula Dalam Darah

Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.

Menguatkan Imunisasi Badan

Mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus. Sayuran ini kaya dengan vitamin C,

Mengurangkan Risiko Asma

Peria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis

Mengurangkan Tahap Kolesterol

Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.

Amalan mengambil peria adalah selamat bagi kebanyakan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. 

Tak sangka walaupun pahit tetapi banyak khasiatnya. Lagi-lagi kalau goreng garing boleh dimakan begitu sahaja dan dinikmati oleh pelbagai usia 

SGMS Enal