Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 29, 2022 @ 7:02pm

Lisa Surihani Tak Cenderung Anak Terlibat Dalam Bidang Lakonan – “Teringin Untuk Melihat Anak Berjaya Sebagai…”

Pelakon Datin Lisa Surihani, memberitahu dia tidak cenderung untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan kerana usia mereka masih terlalu awal.

Menurut Lisa, dia teringin untuk melihat kedua-dua anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leone menceburi bidang luar dari industri seni hiburan.

“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.

“Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.

“Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” katanya.

Namun, isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu turut berkongsi rasa teruja apabila kedua-dua anaknya terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Lisa turut menjelaskan dia perlu berfikir terlebih dahulu tentang keselesaan anak-anaknya sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina.

“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.

“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne dan Yusof Leone) turut serta dalam video tersebut.

“Saya mengambil masa untuk membuat keputusan, sudah pasti saya perlu memikirkan terlebih dahulu tentang keselesaan anak-anak, dikhuatiri mereka tidak selesa dan sebagainya. Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dilakukan oleh Lisa menerusi sebuah program temubual dari stesen televisyen berbayar, semalam.

Selain itu, pelakon itu turut menyatakan kedua-dua anaknya gembira ketika berlakon selepas diberi pemahaman yang mendalam berkenaan muzik video tersebut.

“Ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.

“Bila mereka dan berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” katanya.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Jun 2022
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 30 Mar 2026

“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob

Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung persepsi masyarakat terhadap individu yang memilih pasangan berstatus janda atau duda.

Featured Thu, 9 Dec 2021

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya. Wawa yang juga […]

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Sun, 29 Oct 2023
error: Content is protected !!