Featured By: Khairil Khusyairi May 14, 2023 @ 8:24pm

Luar Biasa! Konsert Satu Suara Vol. 3 Sukses, Paduan Vokal Siti Nurhaliza, Jay Jay, Ernie Zakri Puaskan 3,000 Peminat

Gabungan tiga penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jay Jay dan Ernie Zakri di pentas sama pada Konsert Satu Suara Vol. 3 nyata memberi magis luar biasa.

Konsert ‘full house’ yang dihadiri kira-kira 3,000 penonton dianjurkan di Mega Star Arena, Sungei Wang di sini bersorak girang apabila melihat artis kegemaran mereka tampil memberikan persembahan bertenaga.

Secara kesuluruhannya, persembahan pada malam itu sangat mantap dan ternyata usia bukanlah penghalang buat mereka untuk ‘mengganas’ demi peminat yang menyokong perjalanan seni mereka.

Persembahan dimulakan dengan kemunculan tiga figura hebat itu yang menyampaikan lagu Akulah Penghiburmu dengan penuh energetik yang mendapat sorakan peminat.

Dengan susunan muzik yang sungguh mengasyikkan, Siti Nurhaliza turut tampil dengan mendendangkan single terbaharu berjudul Sehebat Matahari.

Keghairahan peminat tak terhenti di situ apabila Siti dan Ernie turut menyampaikan lagu medley Wajah Kekasih dan Gundah bersama dengan penuh perasaan.

Tidak cukup dengan itu, persembahan Jay Jay yang menyampaikan lagu Rindu Bayangan dan Dendangan Laguku mendapat tepukan gemuruh.

Penutup konsert yang berlangsung dua jam bertambah gamat apabila Siti, Jay Jay dan Ernie menyanyikan lagu raya, Hari Raya Bahagia dan Nazam Lebaran.

Ketika ditemui XTRA seusai menjayakan persembahan, Siti meluahkan rasa terharu apabila konsert tersebut mendapat sambutan baik daripada peminat.

“Apa yang saya rancang untuk konsert ini diterjemahkan dengan baik. Bukan sahaja oleh Jay Jay dan Ernie tapi oleh Aubrey Suwito sendiri.

“Konsep yang saya tonjolkan juga mengambil kira idea-idea rakan dan yang lebih penting saya nak orang tahu persembahan yang saya buat ini untuk dana bagi Yayasan Nurjiwa.

“Kelebihan pada malam ini kita boleh tengok persembahan Jay Jay, dia seorang yang legenda, lagu-lagunya juga sangat evergreen.

“Ernie juga ada kelebihan tersendiri, saya dengan lagu-lagu saya dan Jay Jay adalah seorang lagenda yang saya rasa saya patut bawa ke pentas ini sebab dia masih mempunyai vokal yang bagus.

“Jadi tak salah pilihan saya. Dan bila tengok penonton menyanyi bersama, saya sangat kagum,” luah Siti gembira.

Konsert Satu Suara menjadi tradisi buat Siti Nurhaliza untuk berpadu suara dengan penyanyi-penyanyi hebat lain di satu pentas.

Konsert Satu Suara Vol. 3 dibawakan Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

Anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Didakwa Tiru Zizan Razak & Shaheizy Sam? Ini Respons Wanns Ahmad – “Saya Bawa Identiti Saya Sendiri”

Tak baik tau cakap macam tu… Wanns Ahmad bawa identiti dia yang sebenar lah!

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

ntv7、八度空间「第四届亚洲彩虹盛典」大放异彩!9项入围大获全胜

ntv7和八度空间前天公布获9项提名入围第四届亚洲彩虹盛典,昨晚(12日)在颁奖典礼上写下了傲人的全胜纪录,大放异彩!