Lydiawati Kena Tipu ‘Dato’?

“Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pertama kali saya bertemu dia, macam tak betul saja cara cakap dan gaya dia.

“Mujurlah saya belum sempat mengambil duit daripada ahli jemaah masjid di tempat saya,” dedah pelakon Lydiawati, 53, susulan penangkapan seorang wanita menggunakan gelaran ‘Dato’ untuk menipu orang ramai melalui tawaran pakej umrah murah.

Dalan laporan sebuah media tempatan hari ini, seorang pemilik butik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas 17 tuduhan penipuan pakej umrah melibatkan jumlah RM393,000, tahun lalu.

Tertuduh, Noraini Abu Bakar, 33, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

“Saya dapat tahu ramai lagi yang tertipu termasuk beberapa rakan terdekat yang kerugian lebih RM30,000,” katanya.

Lydiawati ketika dihubungi XTRA, berharap nasib mereka yang berdepan kerugian dapat dibela.

Katanya, dia hampir menjadi mangsa penipuan wanita itu dua tahun lalu yang menjanjikan bonus RM 1 juta jika berjaya menarik ramai orang mengambil pakej umrah serendah RM2,000.

Modus operandinya sama, mereka yang berminat perlu membayar RM2,000 kepada ejen dan baki pakej umrah akan ditanggung olehnya yang mendakwa mempunyai pelbagai bisnes termasuk hartanah dan balak.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Fas