Categories: FeaturedGaya Hidup

Nama hidangan dalam menu restoran ini kelakar sungguh!

Pemilik-pemilik restoran di Malaysia pada zaman ini sudah semakin kreatif untuk menamakan menu hidangan yang mereka tawarkan.

Ada yang berinspirasikan nama selebriti atau filem, ada juga yang bermain-main dengan perkataan biasa.

Setakat ‘Nasi Goreng Ayam’ atau ‘Chicken Chop’ tak mainlah! Itu sudah selalu sangat orang pakai! Hasil yang lucu dan luar biasa pastinya akan menggembirakan lagi pelanggan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kiumars MK menceritakan pengalamannya ketika menjamu selera di Sköhns Canteen yang terletak di Damansara Perdana.

Menurut World Of Buzz, di dalam menu yang diberikan, terdapat banyak item hidangan dengan nama yang kelakar dan boleh relate dengan warga Malaysia.

“Restoran ini memang pandai buat lawak,” tulisnya. “Saya berikan markah A+.” Anda lihatlah sendiri!

Salah satu contoh ialah ‘Winter Is Kambing’ yang merujuk kepada hidangan Lamb Chop dengan sos BBQ. Peminat Game Of Thrones pasti akan ketawa kerana ia serupa dengan tagline rancangan ini iaitu “Winter Is Coming!”

Satu lagi item dengan nama yang lucu ialah ‘Cow Ilhamku,’ satu hidangan daging lembu yang diinspirasikan oleh tajuk lagu penyanyi Man Bai, iaitu Kau Ilhamku.

Dan anda mesti tahu ramuan apa yang terdapat di dalam hidangan ‘Ayam The One And Only,’ bukan?

Hidangan lain yang juga akan buat anda gelak hingga pecah perut ialah ‘The Bapaq Ayam’ dan ‘The Kepala Bapaq Cow.’ Haha!

Selain itu, orang yang menamakan item-item menu ini turut menggunakan bahasa media sosial. Contohnya, “#JanganKecamSaya” diolahkan pula kepada ‘The #JanganKetamSaya!’ Kreatifnya!

Kiumars MK juga menulis di dalam kapsyennya mengenai inisiatif yang diambil oleh pemilik Sköhns Canteen demi komuniti.

Restoran ini membenarkan pelanggan untuk membayar terlebih dahulu bagi hidangan yang kemudiannya akan diberikan kepada warga gelandangan.

Maknanya, anda bayar dulu untuk mana-mana hidangan. Kemudian satu notis akan dilekatkan pada dinding restoran ini.

Jika ada gelandangan yang memerlukan makanan ternampak notis berkenaan, dia boleh mengambil notis itu dan boleh menukarnya dengan satu hidangan daripada restoran ini.

Hebatnya! Inisiatif ini menggalakkan orang ramai untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.

 

Ad Ops