“Maaf, Kali Ini Aku Tak Dapat Tolong…” – Beberapa Tweet Terakhir Seakan Memberi Petanda, Netizen Tangisi Pemergian Adibah Noor

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan mu.”

Begitulah antara tweet terakhir yang dikongsikan oleh selebriti serba boleh, Adibah Noor pada lima hari lalu.

Adibah dikhabarkan sedang melawan penyakit kanser dan telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang tadi.

Frasa ‘kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan’ seakan memberi petanda Adibah sedang bertarung untuk melawan sakit.

Tweet terbabit menjadi perhatian warganet di laman Twitter dan rata-rata peminat menangisi pemergian Adibah.

Terkenal dengan sikap penyayang terhadap kucing, Adibah sempat mengulang ciap beberapa tweet untuk membantu haiwan itu 13 jam lepas.

Adibah juga sempat melayangkan ucapan takziah terhadap keluarga pelakon Hamid Gurkha yang meninggal dunia tiga hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris, Adibah terkenal sebagai seorang selebriti serba boleh yang menggalas pelbagai tugas seperti penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan penulis lirik.

Adibah pernah meraih trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu Terlalu Istimewa.

Padin