Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Ibu kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri tumpuan selepas dia berkongsi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah menitipkan doa agar bekas menantunya yang juga pelakon Puteri Sarah menemui kebahagiaan bersama anak-anaknya.

Malah, dia juga seakan-akan sudah reda dengan ‘pemergian’ aktres itu.

“Anakanda Puteri Sarah Liyana (PSL) semoga menemui kebahagiaan abadi bersama anak-anak.

“Mama reda pemergian mu,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Patimah dalam hantaran berlainan sempat memuat naik foto cucunya Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan lagu latar  berjudul ‘Belum Siap Kehilangan’ nyanyian Steven Pasaribu.

Malah, menerusi posting terkininya, isteri kepada pengarah popular Yusof Haslam itu kelihatan memuat naik foto cucu-cucunya beserta kapsyen mendoakan agar mereka mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

“Semoga mendapat kebahagian dunia dan akhirat,” katanya.

 

Sebelum ini, Patimah antara individu yang kerap berkongsi coretan isi hatinya di Instagram Story sepanjang kemelut rumah tangga anak dan bekas menantunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

ARTIKEL BERKAITAN:Sakan Layan Peminat Ketika Live Bersama Andi Arsyil, Ini Respons Spontan Puteri Sarah Bila Ditanya Mana Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Di TikTok, Kompilasi Foto Syamsul Yusof Dengan Wanita Cantik Cetus Tanda Tanya… Netizen Dakwa Kekasih Baharu?

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Terkejut, Enggan Ambil Tahu Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru – “Itu Tiada Kena-Mengena Dengan Saya”

Salma Syahbuddin