Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Alhamdulillah, penyanyi popular dengan lagu Patah Seribu ini bakal bertukar status tak lama lagi!

Difahamkan, majlis khatam Al-Quran penyanyi Shila Amzah sedang berlangsung ketika ini. 

Gambar yang dimuatnaik di laman Twitter anhevents itu turut menunjukkan majlis berlangsung pada hari ini. 

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun itu bertunang dengan jejaka idamannya, Haris Idraki, 28, di kediaman keluarga Shila di Cheras, pada November 2017.

Haris kini bekerja di sektor kewangan di kota London selain pernah menjadi wartawan.

Selama Pengantin Baru buat Shila & Haris, semoga segalanya berjalan lancar ya!

 

 

SGMS Putri