Categories: Filem

Persona 2 Drama Aksi Baharu Yang Mendebarkan

Drama aksi bersiri berbahasa cina ini mengisahkan tentang pengalaman dan juga firasat bagi semua detektif dalam mencari penjenayah sebenar yang berselindung disebalik wajah naif mereka. Disamping itu, storyline ini juga turut dilengkapkan dengan watak  detektif rabun lakonan Wee Khen Meng yang sedikit sebanyak memberikan konflik terhadap jalan cerita Persona 2 apabila beliau terlibat dalam cerita cinta tiga segi.

Drama 20 episod ini turut menampillan pelakon seperti Loo Aye Keng, Jojo Goh, Fabian, Remon Lim, Jordan Wen, Alvin Wong, Haoren Zhu, Yise Loo, Miau Miau, Ruby Yap, Tong Xin dan ramai lagi pelakon berbakat besar.

Menurut Pengarah Tonton, Pelesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Malaysia Berhad, Airin Zainul berkata;

“tonton tentunya memberikan pilihan variasi kepada 7.8 juta pengguna dengan memberikan drama terbaik termasuk drama popular ini. Persona 2 sememangnya drama yang ditunggu oleh peminat drama cina yang  memaparkan aksi-aksi yang terbaik.” Jelasnya

Drama ini sudah mula menemui penonton pada 2 Mac 2018 yang lalu, namun pelanggan tonton VIP berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod Persona 2 dalam siaran berdefinisi HD apabila menonton menerusi portal kami di www.tonton.com.my yang mana ianya akan hanya mula disiarkan melalui saluran 8TV bermula pada 8 Mei 2018.

Salma Syahbuddin