Makin Sweet! Aedy Ashraf, Amelia Henderson Curi Tumpuan Netizen Lagi – “Dating Sampai Ke Barcelona”

Sejak mengumumkan status hubungan cinta mereka bertaut kembali, pasangan Aedy Ashraf dan Amelia tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas berkongsi momen indah bersama.

Terbaharu, Aedy telah memuat naik videonya ketika bercuti bersama Amelia di Barcelona menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang semakin hangat dilamun cinta itu kelihatan sangat gembira meluangkan masa bersama sekali gus membuat ramai netizen tidak keruan.

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dari kalangan peminat dan rakan selebriti di ruangan komen.

Lebih mencuri perhatian, rakan baiknya, Ben Ali sempat menyakat pasangan itu untuk bersiap sedia membuat ‘bachelorette party’.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aedy Ashraf Kongsi Sweet Moments Bersama Amelia Henderson Di France, Rakan Selebriti Seru Cepat Kahwin! – “Jangan Tunggu Lama Please!”

Fatin Nurain