“Mana Adab & Rasa Simpati?” – Berang Dengan Tabiat Netizen Yang Semakin Kurang Sensitif, Nabila Huda Luah Rasa Kesal Gara-Gara…

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas sehingga perbualan netizen.

Anggota tersebut kelihatan terhuyung-hayang di tepi jalan sekali gus membuatkan orang awam bimbang dengan tindakannya yang boleh mengundang bahaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah telah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

Malah, pihak mereka juga mengambil tindakan untuk meneliti tahap kesihatan anggota trafik tersebut.

Menyedari perkara tersebut turut menjadi bahan gurauan, pelakon Nabila Huda tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah netizen yang semakin kurang sensitif.

Nabila turut mempersoalkan ke mana perginya adab dan rasa simpati individu yang menyebarkan video tersebut sehingga tular demi meraih viewers menerusi ruangan komen XTRA.

“Ni la masalahnya, semua benda nak di record tanpa izin pastu post kat social media. Kan lebih baik berhenti tepi, pergi lah tanya tuan tu ok ke tak, offer dia air ke, tanya if he need food ke or help..

“Ini sibukkkkkkkkkk lahhh nak record, nak post, nak viral, nak viewers..mana adab? Mana rasa simpati ? Memang suka eh post untuk kasi orang ketawa..you think this is funny?,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat segelintir warganet yang bersetuju dengan luahan pelakon tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, komen tersebut juga telah meraih sebanyak 885 tanda suka.

Fatin Nurain