“Mana-Mana Lelaki Yang Memukul Wanita Adalah Dayus…” – Nafi Bekas Suami Cuba Culik Anak, Polis Arah Lufya Buat Laporan Segera

Selepas insiden cubaan menculik anak kepada pelakon dan pengacara, Lufya Omar pada petang Rabu, pihak polis hari ini memaklumkan bahawa pihaknya masih tidak menerima apa-apa laporan berhubung kejadian.

Menurut ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Fakhrudin Abdul Hamid, Lufya seharusnya membuat laporan polis segera berhubung insiden yang berlaku, kerana ia akan memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kita sudah buat semakan dan mendapati mangsa belum membuat laporan polis. Kita nasihatkan mangsa supaya tampil membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Sebelum ini, bekas suami kepada Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, didakwa terlibat dalam  kes  cubaan menculik anak mereka iaitu, Lanaa Haura, 5.

Bagaimanapun, Lufya tampil menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan suspek adalah lelaki asing dan berbadan besar.

“Lelaki itu bukan bekas suami saya seperti yang dituduh oleh netizen. Ia perbuatan lelaki asing yang saya tidak kenal,” jelasnya.

Terdahulu, ada segelintir netizen yang menganggap ayat ‘lelaki dayus’ menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Lufya menerusi hantaran di Instagram miliknya semalam adalah merujuk kepada bekas suaminya.

“Itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, mana-mana lelaki yang memukul wanita adalah dayus.

“Saya memang tidak tahu siapa pelakunya. Saya mohon jangan babitkan bekas suami saya. Biar pihak polis sahaja yang membuat siasata,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

 

 

Sumber:BH

Salma Syahbuddin