Hiburan By: Maya Basir February 21, 2024 @ 4:43pm

Marcell Tak Pernah Fikir Nak Pencen, Kongsi Penjagaan Diri Di Usia 46 Tahun

Penyanyi dari Indonesia, Marcell memberitahu dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk berhenti menyanyi selagi hayat masih dikandung badan.

Menurutnya, selagi dirinya masih sihat dan berkemampuan untuk menyanyi, dia tidak akan pencen.

“Itu saya tak mahu kerana manusia kalau tetapkan sasaran untuk berhenti atau pencen, bukan saya. Sebagai penyanyi, tiada istilah pencen untuk saya.

“Menyanyi itu berbeza kalau saya jadi birokrat atau ahli politik yang ada waktu berhentinya. Sebagai penyanyi, selagi hayat dikandung badan, sampai saya ‘dipanggil’, di situlah saya terhenti. 

“Nanti kalau tetapkan sasaran misalnya berhenti pada usia 50 tahun, ditakdirkan pula dugaan contohnya sakit atau apa,” katanya semasa ditemui di sidang media konsert Trio Terhebat Vol. 1, di Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.

Selain itu, pelantun lagu Takkan Terganti ini mengambil inisiatif untuk belajar teknik nyanyian dengan mengambil kursus vokal bagi menjaga dan mengekalkan suaranya.

“Saya baru tamat menjalani sebuah kursus. Sebelum ini saya sempat ambil jurusan menjadi penyanyi tenor atau vokal klasikal. Hanya untuk mendapatkan teknik supaya mampu menyanyi sampai umur 90 tahun.

“Bagaimana caranya saya tetap boleh menyanyi seperti sekarang. Kerana banyak penyanyi antarabangsa seperti Tom Jones atau sesiapapun yang usianya sudah lanjut tapi masih boleh menyanyi dengan nada sama, tidak berubah,” ujarnya.

Disoal mengenai penjagaan diri di usia 46 tahun, dia sangat menitikberatkan aspek kesihatan dan dikelilingi dengan orang-orang yang mempunyai tujuan sama.

“Penjagaan bermakna teknik, teknik di mana saya kena cari dengan latihan dan menjaga fizikal. Senaman, istirehat, pemakanan yang betul. Juga disokong persekitaran orang yang ambil berat hal serupa.

“Kalau kita hendak hidup sihat tapi kiri kanan kita tidak, sukar. Isteri saya jurulatih senaman, jadi kami sama-sama saling menyokong dan mengingatkan. Kuncinya mencari keseimbangan hidup,” jelasnya.

Konsert Trio Terhebat Vol. 1 anjuran Icon Entertainment Malaysia menampilkan Marcell, Once Mekel daripada Dewa, dan Bams (Samsons). 

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 4 Mei nanti, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dimana penjualan tiket akan bermula pada Jumaat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Shiha Zikir Berkawan Rapat Dengan Pendakwah Terkenal?

Rajin tinggalkan komen di laman Instagram, Shiha akui rapat dengan pendakwah bebas terkenal ini…

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Featured Tue, 12 Mar 2024

Sambut Perayaan Nyepi, Rizky Febian Didakwa Murtad? Ini Jawapan Balas Mahalini – “Fitnah Itu Lebih Kejam Daripada Pembunuhan”

Mungkin juga Iky sekadar memeriahkan perayaan tersebut.. Jangan lah sampai tuduh murtad pula okay? Tak baik.😎✌️

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Wed, 23 Nov 2022

Tiada Unsur Pilih Kasih Dalam Permohonan Dana – CEO Finas

Tiada unsur pilih kasih dalam permohonan dana kerana ia dilaksanakan dengan cara yang sistematik serta pemilihan kriteria yang cukup mantap untuk disalurkan kepada mereka yang layak. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), […]