Marina Mahathir Kurang Setuju Idea Pembikinan Filem Bapa?

Baru-baru ini, sebuah sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khad dilaporkan bakal memulakan penggambaran, tidak lama lagi.

Rata-rata ramai sudah tidak sabar untuk menonton perjalanan kisah hidup Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan diangkat ke layar lebar pada tahun depan.

Namun begitu, menerusi laman Twitter milik anak kepada Perdana Menteri, Marina Mahathir dilihat kurang bersetuju dengan idea berkenaan.

Dalam tweet berkenaan, beliau menyifatkan sebarang idea melibatkan keluarganya untuk diangkat menjadi filem sebagai sesuatu yang ‘memalukan’.

“Tetapi jika ia diteruskan, jangan biarkan kami pergi menontonnya,” tulisnya ringkas.

Dalam sebuah tweet berbeza, salah seorang pengikutnya bertanya sama ada pihak produksi mendapatkan kebenaran untuk mengangkat kisah bapanya dijadikan sebuah filem.

“Tiada, mereka tidak. Saya hanya bercakap kerana kami tidak menyokongnya termasuklah projek sebelum ini,” komennya ringkas. 

Diterbitkan oleh Reliance Media Group Sdn Bhd, naskhah terbabit berbeza daripada filem tayangan 2015 yang turut menampilkan pemimpin berkenaan dalam beberapa babak.

Difahamkan, filem ini akan menjalani penggambaran di sekitar Putrajaya, Kedah dan Kelantan, malah pasukan produksi akan turut terbang ke Hiroshima, Jepun pada awal tahun 2020.

SGMS Faida