“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Susulan dari kejadian semalam mengenai Farid Kamil, hari ini polis telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut positif dadah jenis ganja setelah menjalani ujian air kencing.

Selepas sahaja laporan polis tersebar, ramai yang tidak menyangka dan terkejut mengenai pembabitan pelakon ini terhadap bahan terlarang itu terutamanya keluarga dan juga peminat. Justeru itu, pelakon Sharnaaz Ahmad juga tampil memberikan komen berhubung isu Farid Kamil ini.

Menerusi akaun Twitter Sharnaaz Ahmad, beliau dilihat telah meluahkan rasa terkilan beliau terhadap sesiapa sahaja yang telah membocor dan menyebarkan gambar Farid Kamil.  

Melihat pada caption Sharnaaz Ahmad sahaja, ramai followers dan juga peminatnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau. 

Semenjak isu ini semakin mendapat perhatian, Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini. Cuma apa yang diminta darinya dan keluarga adalah ruang, untuk mereka menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.  

 

Farid bersama isterinya, Diana Danielle

Kalau dilihat menerusi laman instagram Farid Kamil, ternyata ruangan komen beliau sahaja sudah dibanjiri pelbagai komen dari followers beliau. Manakala, Diana Danielle dilihat telah menutup setiap ruangan komen nya dilaman instgram tersebut.

Salma Syahbuddin