Categories: HiburanSelebriti

Farid Kamil Direman Empat Hari

Mahkamah pagi tadi membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman pelakon Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Majistret Zakir Asyraf Zubir memerintahkan Farid Kamil direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Farid Kamil hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurusnya Fadzil Zahari. Difahamkan, isterinya Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani penggambaraan.

SGMS Enal