Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia.

@uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes

Menerusi hantaran di laman TikTok itu, Maryam memberitahu dia ingin mencipta kenangan bersama neneknya sebelum pulang.

“Before go back to Malaysia buat memories dengan nenek,” tulis Maryam.

Sementara itu, netizen tertarik dengan foto kota Makkah yang berada di belakang Maryam yang membuatkan warganet tertanya-tanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet mengakui tidak dapat mengalihkan tumpuan mereka terhadap gambar kota Makkah itu dan ada yang teruja kerana sukar untuk melihat potrait sebegitu lagi pada masa sekarang.

“Legend betul frame gambar tu.

“Lama tak nampak gambar macam kat belakang tu.

“Tengok Maryam menari tak, tengok frame gambar dekat belakang ya,” komen peminat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 839,000 tontonan, dan menerima lebih 74,000 tanda suka.

Halimey Zamal