Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari.

@eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound – Noir

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, Madammu memberitahu agak sukar suaminya, Azri Che No atau lebih dikenali sebagai TP untuk menyewa kereta Ferrari terbabit.

“Sanggup TP sewa Ferrari sehari semata-mata Madammu mengidam! Mengada,” tulis Madammu.

Sementara itu, Madammu memberitahu dia sudah lama tidak merasa menaiki kereta mewah tersebut dan menyatakan itu adalah keinginan bayi yang berada di dalam perutnya.

“Dah lama tak naik, boleh lah, boleh lah, kita cuba slow slow.

“Alah I nak ambil gambar, ambil gambar daripada tepi tingkap je lah. Dah lama tak naik, baby mengidam naik, tapi goncang sikitlah macam naik kerusi, babby happylah kot,” ucapnya

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Madammu dan ada yang memberitahu mereka hanya mampu menaiki lori kepunyaan suami sahaja.

“Kalau kami yang mengidam sampai kesudah tak dapat merasa.

“Saya mengidam nak naik lori, Alhamdulillah dah 7 bulan ni, lebih 10 kali naik lori suami sendiri.

“Saya dulu mengidam bunyi eksoz MK6 tu. Sekali dapat naik and dapat dengar bunyi eksoz tu sampai tertidur kau, yang bukan-bukan je,” komen netizen.

Halimey Zamal