‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Selepas bergelar ibu, pelakon Raja Farah memberi fokus penuh kepada cahaya matanya yang bakal menginjak usia empat bulan tidak lama lagi.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia akui tugasan sebagai ibu yang menjaga dua anak kecil agak sukar.

“Tak lama lagi Ilham nak masuk umur 4 bulan dah…cepat betul masa berlalu…2 months after that, Ilham dah boleh start makan.

“Anak-anak ini masa kecik je kita rasa penat dan renyah nak menjaga. Bila mereka dah besar, kita akan rindu masa dorang kecil,”tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz tidak kisah dengan tugasan ini kerana memahami anak-anak bakal membesar.

“But of course, bila mereka dah besar, cabaran lain pulak yang datang…but it’s okay…we mother will do our best for our kids kan,”ujarnya yang memuat naik fotonya bersama bayinya, Iham Iskandar.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama golongan ibu yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan pada 6 September 2015 dan mempunyai seorang anak lagi anak lelaki bernama Imran Iskandar, 3.

 

SGMS Faida