Masih Belajar, Fasha Sandha Minta Peminat Sabar

Sejak berkahwin, rata-rata pengikutnya suka melihat penampilan pelakon ini.

Isteri kepada aktor, Aidil Aziz, Fasha Sandha mengaku menerima banyak respon positif ketika menyahut cabaran #hijab30 di Instagram.

“Memang ramai yang suka saya bertudung dan ramai juga berharap saya kekal dengan imej itu.

“Saya faham dengan permintaan mereka tetapi saya mengaku masih dalam fasa belajar. Doakan yang terbaik agar proses pembelajaran dipermudahkan,”katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur, petang ini.

Sementara itu, Fasha memberitahu suaminya tidak memaksa untuk mengekalkan imej bertudung.

“Jujurnya dia tidak kisah dan menunggu sehingga saya benar-benar sudah bersedia.

“Beri ruang untuk saya belajar perlahan-lahan dan saya mahu bertudung apabila sudah benar-benar sedia,”akhiri Fasha.

SGMS Faida