Hiburan By: SGMS Faida April 14, 2019 @ 3:50pm

‘Medal Untuk Anak Ibu’- Siti Nurhaliza Kongsi Kegembiraan Berjaya Habiskan Kayuhan 72 Km

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja dapat menghabiskan kayuhan sejauh 72 km di RHB Langkawi Ride 2019 untuk kategori Wanita yang berlangsung semalam.

Tulis Siti di Instagramnya, meskipun jarang berlatih sehingga 100 km, dengan semangat jitu, berjaya menghabiskannya.

“Alhamdullillah. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km,” tulis Siti di satu entri di Instagramnya.
Menurut Siti, berbekalkan semangat serta bantuan jurulatihnya, beliau mencekalkan hati,” katanya.

Siti turut berkongsi, beliau turut terjatuh dan mengalami sedikit kecederaan di lutut.

“Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ luka la lutut. Macam mana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat. Takpe tebalkan muka semangat punya pasal (sakit tauuu).

“Berlepas je hati dah dup dap dup dap, takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan,” tulis Siti lagi.

Tambahnya, beliau turut berkayuh sambil memikirkan puteri kesayangannya, Siti Aafiyah di bilik yang sedang menanti untuk menyusu.

“Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu.

“Hahaha. Itu buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan,” akhirinya.

Cayalah Tok Ti, memang power!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 28 Nov 2022
Featured Mon, 20 Jun 2022

“Alhamdulillah, Jangan Risau Ya..” – Netizen Luah Rasa Syukur Rumah Amanah Sudi Jaga 41 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor

Ya Allah, Alhamdulillah terima kasih Rumah Amanah. Damailah dengan tenang di sana Allahyarham Adibah Noor.

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Jodoh Syaitan Ibarat ‘Jump Start’ Untuk Sofi Jikan

Di sebalik apa yang telah terjadi, mereka beri saya peluang, mereka adalah hero sebenar bagi saya. Alhamdulillah…

Featured Fri, 13 May 2022
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Hiburan Wed, 15 Dec 2021

“Bukan Semua Lagu Sedih Ada Kaitan Dengan Saya” – 12 Tahun Galas Status Ibu Tunggal, Rossa Serahkan Urusan Jodoh Kepada…

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT. Lebih 12 tahun menggalas status ibu tunggal, Rossa mengakui perkahwinan bukanlah keutamaan untuk dirinya. “Keutamaan […]