Hiburan By: Salma Syahbuddin October 25, 2018 @ 10:03am

Media Prima Berhad Jalinkan Kerjasama Bersama Dailymotion

Kumpulan Media Prima Berhad dan pihak Dailymotion, iaitu salah satu platform penemuan kandungan dan teknologi pemain video telah menandatangani memrorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini. Ianya sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Media Prima sebagai platform yang bakal menarik penonton global secara bulanan iaitu seramai 300 juta pengguna dan 3 billion lagi adalah menerusi tontonan video secara bulanan.

Kerjasama ini adalah sejajar dengan  strategi Media Prima untuk mengembangkan lagi platform digitalnya disamping meluaskan lagi kandungan video terutamanya kepada khalayak diluar sana.

Dailymotion juga boleh diakses menerusi peranti mudah alih (iOs, Android) dan peranti yang lebih besar seperti Apple TV, Android TV, Amazon Fire TV dan Xbox One. Bukanlah sesuatu yang baru bagi negara-negara Asia Pasifik, kerana pengguna mereka sahaja telah membentuk 50 peratus penonton Dailymotion. 

Langkah ini secara tidak langsung, membolehkan Media Prima menjana pendapatan melalui pengiklanan programatik, salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang. 

Bagi fasa pertama, Media Prima bakal menggunakan Dailymotion secara langsung menerusi Anugerah Skrin 2018 yang bakal ditayangkan pada 2 November nanti. Malah, semua video berkualiti dari Rangkaian Televisyen Media Prima, Ripple, The New Straits Times Press (Media Malaysia) dan Media Prima Digital.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid berkata, Kumpulan Media Prima Berhad akan sentiasa mencari platform bagi menyebarkan kandungan kami kepada khalayak dengan lebih meluas.

” Memandangkan populariti kandungan tempatan kami sama dengan jangakaun digital Dailymotion yang semakin mendapat perhatian di rantau Asia Pasifik, Kami percaya kerjasama ini akan berjaya. Ini juga akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai wakil syarikat media digital tempatan terbesar di Malaysia kerana ia akan membolehkan kami memperluaskan lagi platform digital kami dengan menjana lebih banyak pendapatan.” Katanya.

Selain itu, Naib Presiden Kandungan Dailymotion berkata, Dailymotion sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan Media Prima. 

” Bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini, kita juga melihatnya sebagai salah satu syarikat media utama dalam cara mereka mempelbagaikan portfolio mereka. Dalam kesediaan kami untuk menjadi rapat dan menyokong pihak media dalam perjalanan mereka ke arah perkongsian digital bersama Media Prima. Dan ini adalah peranan utama Dailymotion dalam penstriman video.” Jelasnya.

Dilancarkan pada tahun 2005, Dailymotion merupakan salah satu platform video terkemuka dunia yang memberi tumpuan kepada kandungan video premium yang diperolehi daripada penyedia kandungan antarabangsa yang dipercayai. Antara rakan kongsi Dailymotion yang lain ialah, BBC News, VICE Media, Bloomberg Media, dan CBS Sports.

Para pengguna juga boleh mengakses, kandungan Media Prima menerusi laman portal berikut : 

Justeru itu, hasil kerjasama ini, pendapatan Media Prima meningkat kepada RM4.8 juta bagi 6 bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun 2018, berbanding RM14.9 juta dalam tempoh perbandingan yang didorong hasil daripada pengiklanan digital yang lebih tinggi di semua platform.

Kumpulan Media Prima Berhad juga turut mahukan peningkatan hasil digital kepada 8 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Dec 2017
Events Mon, 15 Jan 2018

KPOP TAKES OVER MALAYSIA IN RECENT K-WAVE 2 MUSIC FESTIVAL

K-Wave 2 Music Festival officially ended on January 13th, for fans who had missed it, fear not as this article will highlight all the information about the epic concert.

TECH Sun, 14 Jul 2019

研究证实:这些「坏习惯」其实很健康!

每个人在生活中都有一两项看似不利健康的「坏习惯」,像是经常不吃早餐、爱滑社群媒体、爱喝咖啡等,其实这些一般人认为的坏习惯,现在都有科学研究反驳……

FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?

Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Prekuel Filem Mat Kilau Tiada Syamsul Yusof, Adi Putra, & Beto Kusyairi… Ini Penjelasan Penerbit Studio Kembara

Filem Prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan katanya akan lebih gempak. Tapi agak-agak kenapa tiada Adi Putra & Beto ek? 🤭

Hiburan Tue, 26 Dec 2023