Hiburan By: SGMS Faida February 4, 2019 @ 2:39pm

’Melodi Ada Pembaharuan, Sedap Didengar’- Ketua Juri AJL33 Ulas Kemenangan Lagu HARAM

Ketua juri Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), Azmeer mengakui kemenangan lagu Haram atas beberapa faktor termasuklah elemen evolusi. 

Komposer itu berkata, pihak juri bersepakat mahukan sesuatu yang baru dan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai ‘loop’ besar dan notasi muzik yang ada tengkah moden.

Tambahan pula, katanya bunyi dan melodi lagu Haram dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu sedap didengar dan dipersetujui majoriti juri.‘

“Sebagai ketua juri, saya kena akur dengan juri lain kerana mereka juga ada ilmu serta kelebihan tersendiri,” katanya.

Azmeer turut menggalakkan pembaharuan dari sudut bunyi dalam penciptaan lagu pada masa depan.

Ditanya di segi lagu-lagu yang tidak kalah, Azmeer mendakwa ada antaranya disebabkan pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan vokal penyanyi.

“Ada lagu sangat bagus tapi malangnya vokal penyanyi pula ‘penyet’ lantas menenggelamkan lagu itu.

“Ini bukan pertandingan nyanyian tapi Anugerah Juara Lagu dan majoriti markah pada malam ini adalah pra-penjurian.

“Kalau ada penyanyi yang buat silap pada vokal, juri akan potong markah vokal, bukan pada markah muzik atau melodi,” jelas Azmeer.

Seramai 10 orang juri profesional diketuai Azmeer dilantik untuk menilai 12 lagu yang dipertandingkan untuk AJL33.

Mereka ialah Datuk Wah Idris, Datuk Mokhazani Ismail, Helen Yap, LY Baiduri, Ajai, AG Coco, Manan Ngah, Adi Priyo dan Faizal Uzir (Lok U).

AJL33 menyaksikan lagu Haram nyanyian duet Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah bergelar juara, manakala lagu Bunga nyanyian Ara Johari mendapat Naib Juara.

Susunan: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 15 Nov 2022

YHB Sleepsalot Muncul Single Baharu! ‘Tukar Currency’ Dedikasi Hormat Kepada Kuala Lumpur

Fuh… talented betul! time tengah exchange duit pun boleh jadi lagu eh 👏

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu. Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

HANYA DOA SELAMAT UNTUK BAYI SULUNG SAYA – DATUK SITI NURHALIZA

Dia akan melalui proses berpantang sama seperti wanita lain dan akan membuat latihan vokal untuk mengembalikan tenaga dan aktif dalam bidang nyanyian selepas bersalin nanti

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Hiburan Wed, 11 Mar 2020

“Tak Sabar Nak Tengok!”- Netizen Teruja Shukri Yahaya Kongsi Babak Drama 7 Hari Mencintaiku 2

JIKA korang masih ingat sekitar 4 tahun yang lepas, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku pernah disiarkan di slot Akasia TV3. Pada masa itu drama adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah ini telah menjadi fenomena. Pergi

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkannya…

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Dilabel Hot Mama! Stacy Akui Bukan Senang Nak Kurus

Berubah menjadi lebih baik itu kan bagus? Netizen jangan kecam please

Hiburan Fri, 16 Dec 2022

Hannah Yeoh Tak Ambil Hati Netizen Edit Gambar Jadi Meme Kelakar – “Kami Sporting, Kreativiti Luar Biasa”

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hannah di Twitter, dia bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim

| Live TV