Melur Untuk Firdaus 2 Buat Meerqeen Gementar

Pelakon Meerqeen gementar untuk muncul dalam musim kedua drama rantaian Melur Untuk Firdaus.

Pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini mengharapkan Melur Untuk Fidaus 2 dapat memberikan impak kepada penonton.

“Secara jujurnya, saya gementar. Melur Untuk Firdaus adalah satu benchmark drama di Malaysia. Untuk melepasi standard benchmark itu orang akan cakap susah.

“I’m trying my best, I’m trying my hardest to be better than first season. Macam yang selalu cakapkan, saya tak minta banyak, saya mahu drama ini diterima ramai, baik buruk, apa yang tersurat dan tersirat, Insya-Allah semua orang akan nampak nilai murni dalam drama ini.

“Apa kerja yang kita buat ada tekanan, tetapi kali ini saya dan pernah ‘cuba’ Firdaus, saya tahu Firdaus macam mana, tahu makanan kegemaran dia apa, tempat tidur dia, jadi gementar tu ada tapi ia bukan perkara besar,” kongsi Meerqeen.

Disoal mengenai sokongan padu yang sentiasa diberikan peminatnya, Meerqeen berterima kasih kepada mereka yang sentiasa ada di saat jatuh dan bangun sepanjang kariernya bergelar pelakon.

“Saya tak gelar peminat sebagai fans tetapi saya gelar mereka sebagai famili. Apa yang saya buat, mereka buat, jadi saya memang di didik untuk layan orang sama rata. Tiada standard.

“Saya suka berkongsi dengan semua orang. Itu satu perkara yang orang sangat mahukan. Terima kasih kerana saya ada family yang power, Meerqeen Troopers, Phenomeerna, mereka semua memang ada masa saya jatuh bangun.

“Keluarga tak akan jatuhkan keluarga kalau keluarga itu sihat. Mereka buat kerja yang betul, tolong ahli lain. Mereka buat yang terbaik tetapi kalau ada benda yang saya nak tahu, mereka akan bagitahu saya,” tutup Meerqeen.

Drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang menggandingkan Meerqeen dan Anna Jobling merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada tahun lalu.

Khairil Khusyairi