“Memang Betul Tak Ingat, Tiba-Tiba Nama Naik Kat Twitter…” – Dituduh Scam Duit Sejak 2018, Ini Respons Norreen Iman

Pelakon Norreen Iman tampil menjelaskan tuduhan ‘scam’ duit founder apabila tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran sebanyak RM80 baru-baru ini.

Memetik laporan Gempak, Norreen memaklumkan dia terlepas pandang untuk melangsaikan tugas tersebut disebabkan pada ketika itu banyak tawaran ‘review’ yang diterimanya.

“Tiba-tiba nama naik kat Twitter, itu pun sebab orang beritahu… aku memang tak main Twitter. Pasal review nyah tahun 2018, tahun komplikasi mengandung.

“Yang jenis RM80 punya review, saya lupa… katanya dah hantar barang. Jadi mak baca DM macam pelik apa benda tu… Memang betul-betul tak ingat,” katanya.

Terdahulu, nama Norreen mula menjadi perhatian selepas ada individu cuba memberitahu kepada umum mengenai perangai buruk sesetengah pempengaruh media sosial menerusi ciapan di Twitter.

Bagaimanapun, Norreen tetap mahu membayar semula wang sebanyak RM80 tersebut bagi mengelakkan salah faham yang berlaku sejak lima tahun lalu.

“Direct Mesej (DM) je kita… ada je sebelum ni orang DM tahun 2018 ke 2019 yang aku terlepas pandang. Kita bayar je yang RM100. Awak punya RM80, DM saja kita bayar.

“Mana nak ingat, aku pelik kenapa tak DM saja. Tu zaman komplikasi mengandung… Ya Allah jadi moral of the story janganlah jadi seperti saya.

“Kepada mereka yang sedang hangat membuat review, jangan kau longgokan kemudian baru buat. Ini lah parahnya. Zaman kegemilangan kemuncak batak membuat review, demand on the go,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Berpesta Buih Atas Cruise, Netizen Sakit Mata Tengok Norreen ‘Belanja’ L*rah? – “Laki Dia Buta Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin