Memori Untuk Hari Tua, Peminat Terhibur Lihat Video Ain Edruce Usik Suami – “Amirul Sebenarnya Seorang Yang Sangat…”

Sering memuat naik video bersama, peminat terhibur melihat pelakon dan pengacara Ain Edruce mengusik suaminya, Muhammad Amirul Hafiz dan anaknya Soraya di media sosial.

Menurut Ain, segala perkongsian yang dimuat naik di media sosialnya itu akan dijadikan memori untuk hari tua mereka nanti.

“Sebenarnya suami dan anak saya tak nak, especially suami saya tu. Tapi Ain ni sejenis yang suka memori.

“Sebab kita tahu kalau kita tak record benda-benda macam ni, nanti satu hari nanti bila kita dah tua, nak tengok balik benda macam tu. So, sebab tu lah Ain buat benda tu semua,” jelas Ain.

Selain itu, pengacara tinggi lampai itu turut menjelaskan bahawa riak wajah suaminya, Amirul memang sentiasa sama biarpun sedang marah atau gembira.

“Muka dia memang macam tu lah, dia senyum ke tak ke happy ke sedih ke, dia ada satu muka je.

“Saya pernah tangkap gambar dia time birthday, saya ingat dia marah dan tak suka dengan hadiah tu. Tapi dia kata ni hadiah yang paling happy bagi saya,” katanya.

Ain juga turut menjelaskan bahawa Amirul sebenarnya seorang yang sangat garang, tetapi suaminya amat takut dengan kamera.

“Mungkin nampak macam Ain buli Amirul. Tapi korang kena tahu Amirul sebenarnya seorang yang sangat garang cuma kelemahan dia bila nampak kamera, dia takut dan sangat pemalu,” jelasnya.

Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Soraya.

Sumber: Mstar

Fatin Nurain