Menangis Bukan Kerana Cengeng, Lara Alana Mudah Tersentuh

Siapa sangka Lara Alana yang baru sahaja berumur 4 tahun ini sudah pandai memahami dan menghayati lagu sedih. Hati Lara mudah tersentuh sehingga menitiskan air mata apabila mendengar lagu sedih, akui ibunya, Scha Alyahya.

“Dia memang macam ni, tidak boleh dengar lagu sedih mesti akan menangis. Sudah lama saya perhatikan. Bayangkan, pasang lagu sedih yang dinyanyikan kanak-kanak pun dia akan menangis. Bagi orang luar yang melihat kanak-kanak seusia Lara mungkin mengejutkan, sudah mula memahami dan menghayati lagu sedih.” Jelas Scha ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Scha dan Awal pada Sabtu.

Setiap kali Lara menangis, Scha dan Awal akan pasang ayat suci al-Quran sebelum tidur agar kesedihan Lara tidak terbawa-bawa dalam mimpi.

Bagaimanapun, Lara Alana sangat berbeza dengan kanak-kanak lain kerana dia sudah tahu menghayati sesebuah lagu sehingga boleh menitiskan air mata. Wah! Lara nampaknya boleh jadi pelakon lah lepas ni.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops