Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Minggu ini kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi terpalit dengan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kapsyen Berbaur Sindiran, Peminat Serang Instagram Hafidz Roshdi.. Netizen Komen: “Kesian, Tak Rasa Bersalah Langsung”

Terkini, wanita yang dikaitkan dengan Hafidz bernama Athira tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Nur Shuhada dan dua cahaya mata mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Athira berkata dia mengakui dirinya tewas apabila Hafidz cuba berhubung dengganya semula sejak sembilan tahun lalu.

Tambahnya, hubungan tersebut terjalin apabila dia bersimpati dengan keadaan mental Hafidz.

“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya terhutang budi kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.

“Selepas banyak percubaan hafidz cuba menghubungi saya dalam tempoh 9 tahun yang lalu, saya telah mencuba tahap yang terbaik untuk mengelak untuk sekian kalinya.

“Akhirnya ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokong kesejahteraannya,” jelasnya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya lagi, dia menegaskan bahawa hubungan dengan Hafidz sudah lama berakhir dan tidak lagi berhubung bersama.

“Saya akui saya lemah dan bodoh kerana terjerumus dalam situasi ini.

“Namun pada masa yang sama, Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini sudah lama berakhir. Dan saya tidak lagi berhubung dengannya dan tidak akan pernah.

“Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon meaaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” tutupnya.

Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan sebuah tangkap layar perbualan mesej serta identiti wanita yang didakwa menganggu rumah tangga Hafidz.

Pada Khamis, Nor Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Khairil Khusyairi