Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Program realiti kanak-kanak, Generasi Z kembali dengan musim kedua dengan lebih menguji kecerdasan minda, fizikal dan kekentalan jiwa yang sudah ditayangkan setiap Ahad, jam 7 malam di TV3.

Program selama 10 episod itu masih mengekalkan hos yang sama, Kapten Harris Alif bersama lapan Wira Z menyelesaikan pelbagai cabaran yang pastinya meninggalkan impak positif buat para peserta.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Puan Nini Yusof berkata program ini merupakan kolaborasi kedua TV3 bersama Scottā€™s dalam mengetengahkan program realiti kanak-kanak.

ā€œProgram ini adalah untuk membina jati diri, memupuk semangat setiakawan dan sikap bertanggungjawab,ā€ katanya.

Scottā€™s Gummies dan Multivitamin merupakan penaja eksklusif program ini dan boleh distrim secara langsung menerusi www.xtra.com.my.

Menurut hos Generasi Z, Kapten Harris Alif menyatakan kelainan untuk musim kedua ini adalah para peserta yang mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang lebih matang berbanding peserta musim pertama.

ā€œMereka (peserta) macam orang dewasa dari segi pemikiran dan perangai jadi susah nak mencungkil perangai comel budak-budak mereka.

ā€œNamun dengan cabaran-cabaran yang telah disediakan dapat menunjukkan karakter sebenar mereka,ā€ ujarnya semasa ditemui di majlis pelancaran perisa baru Scottā€™s Gummies with Multivitamin yang bekerjasama dengan Watsons di Pavillion, Bukit Jalil pada Khamis lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Michael Chan, Pengurus Besar Kanan, Kandungan & Pasaran Kreatif Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin dan Pengarah Pemasaran Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei, Satadru Bagchi.

Maya Basir