Kes Amang Seksual Pendakwah Selebriti: 7 Laporan Polis Telah Dibuat, Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti popular, kini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwah Raya Polis.

Menurut Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, empat kertas siasatan dibuka di Selangor dan dua di Negeri Sembilan.

“Semuanya mencadangkan suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK).

“Selain itu, satu kertas siasatan di Kuala Lumpur masih dalam tindakan selanjutnya,” katanya,

Selain itu, tujuh lagi laporan polis telah diterima terhadap pendakwah terbabit setakat ini bagaimanapun, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Untuk rekod, pada 10 September lalu, media melaporkan seorang penceramah bebas ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung jenayah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun.

Difahamkan, penceramah terbabit berkenalan dengan mangsa melalui program motivasi yang dilakukan di sekolah.

Sehingga kini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan  Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin