Janna Nick Beli Rumah Lagi – “Done Tambah Hutang”

Pelakon Janna Nick meluahkan rasa bersyukur selepas dapat membeli rumah kedua diusia 27 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna telah memuat naik gambarnya yang sedang duduk di hadapan rumahnya yang tersergam indah itu.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi 🤣🏡 #newhouse,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh Janna sehingga kini.

Sebelum ini, Janna juga pernah berkongsi dirinya telah membeli rumah pertamanya diusia seawal 21 tahun, pada tahun 2017 yang lalu.

Fatin Nurain