Penyanyi yang popular menerusi lagu Lelaki Ini jarang sekali terpalit dengan isu kontroversi yang bisa membuatkan dirinya dihina atau dikutuk oleh netizen.
Namun, baru-baru ini Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya.
Malah, tindakan netizen yang menulis sesuka hati tanpa usul periksa dan research itu dianggap sebagai kurang ajar.
“Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkalnya. Kalau boleh hormatlah kakak saya dan situasi yang dihadapinya sekarang.” Katanya
Bagi Anuar, kakaknya itu disifatkan sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab, setia dan tidak akan mengabaikan anak-anaknya walaupun beliau sibuk dengan mana-mana event dan sebagainya.
“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang. Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya.” Jelasnya
Betul lah kata Anuar Zain, sebelum netizen menulis sesuatu dilaman sosial atau dimana-mana sekalipun, netizen kenalah memeriksa asal usul dan kebenaran sesuatu cerita yang ingin disampaikan.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺
Ingatkan Malaysia je panas, industri hburan pun panasssss ek.
Macam-Macam hal lah.. dengar kata apa yang lagi parah ni🔥🔥🔥
Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…