Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Biasalah kita bila tengok YouTube, syok dan lalai sampai tak sedar berapa lama masa dihabiskan serta berapa banyak video yang sudah ditonton. Kadang-kadang, sampai bateri smartphone habis pun ada juga!

Bagi mengatasi masalah itu, Google memperkenalkan ciri baru pada aplikasi YouTube untuk platform Android dan iOs dinamakan sebagai ‘Take A Break’ yang membolehkan pengguna untuk mengawal aktiviti di aplikasi menonton video streaming itu.

Kalau di aplikasi YouTube di peranti mudah alih, pergi ke halaman tetapan dan pilih ‘Remind Me To Take A Break’. Seterusnya, pilih bila YouTube perlu memberi peringatan untuk berhenti menonton sama ada setiap 15, 30, 60, 90 atau 180 minit. Tak nak peringatan langsung pun boleh juga!

Jangan risau, tetapan ini korang boleh pilih sama ada untuk diaktifkan atau sebaliknya…

Jika diaktifkan, maka korang akan menerima notifikasi yang dipaparkan di bahagian bawah video. Untuk korang yang menggunakan YouTube di platform Android atau iOs, boleh check ciri baru ni sekarang!

Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal