“Mereka Tak Lokek Pujian” – Saksikan Konsert Michael Buble di UK, Sissy Imann Kongsi Budaya Orang Barat

Penyanyi Sissy Imann berkongsi pengalaman dan budaya orang barat semasa berada di United Kingdom (UK).

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sissy memberitahu orang barat tidak kedekut dengan kata-kata pujian dan sering menerima pujian cara pemakaiannya sepanjang berada di sana.

Difahamkan, Sissy berada di UK untuk proses rakaman album pertamanya di The Abbey Road Studios, London dan pelantun lagu Bebaskan itu juga sempat menyaksikan konsert penyanyi popular Michael Buble.

“Bukan nak kata kita ni stylish apa sangat pun tapi my point is mereka ni tak lokek pujian.

“Everyday sebenarnya bila Sissy kat sana, ada saja random mat Salleh yang puji outfit Sissy. Ada masa tengah jalan tepi jalan pun boleh jerit dari tingkap rumah puji outfit cantik,” ujarnya.

Menurut Sissy, budaya orang barat ini boleh dijadikan pelajaran untuk tidak berat mulut untuk memuji orang lain.

Tambahnya, dia pernah ditegur seorang staf di Michael Kors, Bicester Village sambil berlari kearahnya hanya untuk memberitahu dia kelihatan sangat bergaya.

“You are easily the most stylish lady I have seen this entire week!!,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis yang lain setuju dengan apa yang dikatakan Sissy dimana orang barat dan aura disana sangat berbeza daripada Malaysia.

Maya Basir